Dahulu aku pandang diriku
Sebagai seorang pensetia
Lalu aku persetankan segala rasa yang mendatang
Konon mahu jadi setia yang satu
Tapi dalam diam aku tak menyedari ada satu rasa
Dari seorang jejaka
Yang ku anggap hanyalah kawan
Kawan yang ada tiap susah dan senangku
Aku tahu
Dia menyinta
Tapi ku abaikan rasa itu
Demi setia pada si dia yang takpernah pedulikan aku
Konon aku percaya kesetiaan aku bakal meruntuh keras hatinya
Namun jejaka itu tetap sabar menunggu
Sedikit tak rasa kecil hati dengan aku
Sedikit pun takpernah abaikan aku
Pokoknya tiap masalah aku dia yang tolong settlekan dulu
Biar dia yang tanggung tapi jangan aku
Buta mata aku tak melihat pengorbanan itu
Dalam aku sedang asyik menyetia
Rupanya jejaka itu sedang merana
Kerana penyakit yang perlu dirahsia
Diam diam dia menghilangkan dirinya
Namun takpernah aku sedar itu semua
Maklum, sedang asyik menyetia
Kini, dia pergi menghadap Illahi
Tujuh hari tujuh malam sedih tak berhenti
Sakit di dada merana di hati
Kekesalan baru dilahir kini
Penyesalan yang langsung tak bererti
Kini aku hidup dalam memori
Perlu aku bangkit tapi bukan hari ini
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment