Di mana letaknya keadilan setiap insan?
Mana letaknya keadilan untuk diri ini?
Di mana letaknya sayang ?
Di mana si mereka yang sayang kan diri ini?
Aku tak diminta dilahirkan sebegini.
Tidak juga ku minta untuk dilahirkan ke dunia ini.
Bukan untuk dicaci .
Untuk dihina.
Untuk dilayan hina sebegini.
Bukannya aku yang minta berbadan besar.
Bukannya aku yang minta wajahku hodoh lagi tak lawa.
Sudah tertulis ini ujian yang harus aku hadapi.
Salah kah aku berbadan besar?
Salahkah aku kerana mempunyai wajah yang lawa?
Mengapa manusia memandang rupa?
Mengapa manusia memntingkan kecantikan luaran ?
Mengapa manusia tidak tahu menjaga hati manusia yang lain?
Mengapa?
Salahkah aku .....

No comments:
Post a Comment